AKTIVITI KAMPUNG BUKIT DUKUNG




Kampung Bukit Dukung telah mengadakan pelbagai aktiviti antaranya mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri, menjalankan Ibadah Korban pada Hari Raya Aidiladha dan khatan beramai-ramai.






Hari raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun dalam kalendar Islam. Perayaan ini disambut setiap tahun di kampung bersama seluruh penduduk kampung Bukit Dukung. Selain daripada Ibadah Korban juga turut melakukan aktiviti memasak dan diagihkan kepada penduduk kampung dan fakir miskin.
Majlis berkhatan beramai-ramai merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan bagi kanak-kanak kampung Bukit Dukung. Aktiviti ini dilakukan setiap penghujung tahun pada musim cuti sekolah berlangsung. Ini bagi memberi semangat kepada kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak tersebut diraikan sebelum berkhatan dilakukan.