KEMUDAHAN ASAS KAMPUNG
SURAU AL-FALAH
Surau Al-Falah ini merupakan salah sebuah surau di Kampung Bukit Dukung. Surau ini juga aktif dengan aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, aktiviti korban dan sebagainya. Selain itu, ianya terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan stesen MRT serta mudah bagi penduduk dan pengunjung untuk singgah ke surau ini.
KUIL DEWI SRI KARUMARIAMAN
Kuil merupakan kemudahan yang terdapat di Kampung Bukit Dukung yang digunakan khususnya bagi aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerohanian bagi penganut agama Hindu. Dengan adanya kuil ini, dapat memudahkan lagi aktiviti keagamaan bagi penduduk dan pengunjung yang datang ke kampung tersebut.
​
STESEN MRT
Stesen ini antara kemudahan baru yang terdapat di kampung ini. Stesen MRT adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang yang memudahkan penduduk kampung untuk ke pusat bandar atau ke sesuatu tempat yang lain. Dengan adanya kemudahan ini, penduduk boleh memilih sama ada mahu menaiki kenderaan sendiri atau menaiki perkhidmatan awam untuk ke destinasi yang mahu dituju.
​
HENTIAN REHAT R&R
Hentian Rehat dan Rawat (R&R) ini terletak bersebelahan dengan Highway Kajang Silk. R&R ada menyediakan pelbagai perkhidmatan serta gerai dan kedai makan. Ada antara pendudukmenjalankan perniagaan di Hentian tersebut sebagai sumber pendapatan.
PEJABAT POS
Pejabat pos ini berada dalam satu bangunan dengan kawasan Hentian Rehat dan Rawat. Namun begitu ia tidak menjadi masalah untuk parking kerana kawasan yang luas.
https://www.facebook.com/pejabatpos
STESEN MINYAK
Stesen minyak BHP ini merupakan satu-satunya stesen minyak yang ada di Kampung Bukit Dukung bersebelahan kawasan rehat dan rawat (R&R).





